Sunday 11 September 2011

Grand Canyon (USA)



Grand Canyon adalah sebuah gaung yang bersisi curam. Ianya telah diukir oleh Sungai Colorado di Arizona, Amerika Syarikat dalam masa yang lama dan ianya terletak di dalam Grand Canyon National Park, iaitu salah satu taman negara pertama di Amerika. President Theodore Roosevelt merupakan orang yang penting dalam usaha pemeliharaan kawasan Grand Canyon. Kawasan ini dianggapkan sebagai Keajaiaban Alam Semulajadi Dunia.

Grand Canyon in mempunyai panjang 277 batu (446 km), lebar 18 batu (29 km) dan kedalaman lebih daripada 1 batu (6,000 kaki/1,800 m).

 Hampir 2 bilion tahun sejarah geologi dunia  telah didedahkan di mana Sungai Colorado dan cawangannya telah menghakis saluran melaui lapisan-lapisan batu sementara Pelana Colorado dinaikkan. Sehingga kini, Sungai Colorado masih lagi menghakis gaung tersebut.


Untuk maklumat yang lebih mendalam, sila lah layari laman web di bawah:

No comments:

Post a Comment