Sunday 11 September 2011

Bay Of Fundy (Canada-USA)

Bay Of Fundy ataupun Teluk Fundy ialah sebuah teluk di kawasan pantai Antlantik di Amerika Utara. Teluk ini terletak di bahagian hujung timur laut Teluk Maine (Gulf Of Maine) di antara New Brunswick iaitu wilayah Kanada dan Nova Scotia.




Mengikut sebuah sumber yang mempercayai bahawa nama Fundy itu berasal daripada perkataan Perancis (Fendu) yang bermaksud berpecah. Ada juga kepercayaan yang lain, mengatakan bahawa berasal daripada perkataan Portugis (Fondo) yang membawa maksud corong. Teluk itu juga diberi nama lain iaitu French Bay oleh pengembara Samuel de Champlain.




Bay Of Fundy sangat terkenal kerana julat pasang surutnya yang tinggi. Dicabar oleh Ungava Bay di utara Quebec, King Sound di barat Australia dan juga Severn Estuary di United Kingdom, ia mempunyai julat pasang surut menegak yang paling tinggi di dunia dan Guiness Book Of World Records (1975) telah mengisytiharkan Burntcoat Head, Nova Scotia mempunyai air pasang yang tertinggi dunia

“Alam Semula Jadi, Air Pasang Terbesar: Air pasang terbesar di dunia berlaku di Bay Of Fundy....Burncoat Head di Lembangan Minas, Nova Scotia.”





Pada Julai 2009, Bay Of Fundy telah dicalonkan sebagai finalis untuk New 7 Wonders of Nature yang berakhir pada November 2011

Sila layari laman web di bawah untuk maklumat lanjut:

No comments:

Post a Comment