Monday 12 September 2011

Black Forest (Germany)

Black Forest sebenarnya merupakan sebuah kawasan pergunungan yang berhutan di Baden-Württemberg, daerah Barat Daya Jerman. Ianya disempadani oleh Lembah Rhine di kawasan selatan dan juga barat hutan tersebut. 



Puncak tertinggi ialah Feldberg dengan ketinggian setinggi 1,493 meter (4,898 kaki). Terdapat juga beberapa puncak yang lain seperti HerzogenhornBelchenSpiesshornSchauinslandKandelHochblauenHornisgrinde.

Black Forest mempunyai anggaran keluasan 12,000 km persegi (4,600 batu persegi) di mana, panjangnya ialah 200 km (120 batu) dan lebarnya ialah 60 km (37 batu). Black Forest juga terdiri daripada kawasan batu pasir yang menutupi teras gneiss dan granit. Semasa Zaman Ais yang terakhir, kawasan ini ditutupi oleh glasier. 



Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web di bawah:
http://en.wikipedia.org/wiki/Black_forest

No comments:

Post a Comment